Unit Audit Dalam (UAD) Universiti Malaysia Kelantan (UMK) telah ditubuhkan pada 8 April 2012. Ia merupakan satu unit bebas yang diletakkan di bawah pentadbiran Canselori kini dikenali sebagai Pejabat Naib Canselor dan bertanggungjawab secara langsung kepada Naib Canselor (NC). Dari segi fungsi, Ketua Audit Dalam Dalam (KAD) melapor secara terus kepada Jawatankuasa Audit (JKA).


UAD UMK merupakan satu fungsi bebas yang memberi kepastian dan khidmat perundingan secara objektif untuk menambah nilai dan mempertingkatkan tahap operasi UMK. Objektif unit ini ialah untuk membantu pihak pengurusan UMK dalam mencapai matlamatnya dengan membawa pendekatan yang sistematik dan berdisiplin untuk menilai dan mempertingkatkan keberkesanan Universiti dari segi pengurusan risiko, kawalan dan proses tadbir urus.
dscf1771-edit.jpg