MISI

Melaksanakan pengauditan secara profesional dan bebas ke arah meningkatkan tadbir urus dan akauntabiliti pengurusan kewangan bagi mencapai Visi, Misi dan Objektif UMK.

VISI

Menjadi penyumbang kepada kecekapan dan kecemerlangan tadbir urus UMK.
OBJEKTIF

Unit Audit Dalam ini ditubuhkan adalah untuk memberi kepastian dan khidmat perundingan kepada Naib Canselor melalui pendapat professional terhadap kesempurnaan, kebolehpercayaan dan keberkesanan sistem kawalan dalaman dan proses tadbir urus Universiti. Ini dapat dilaksanakan melalui aktiviti-aktiviti Unit Audit Dalam yang telah dirangka dan dijalankan secara sistematik berdasarkan garis panduan dan standard yang ditetapkan oleh Jabatan Audit Negara (JAN), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Institut Juruaudit Dalaman (IIA).

Unit Audit Dalam bukan merupakan tambahan atau pengganti kepada pihak pengurusan akan tetapi bertanggungjawab ke atas kawalan dalaman adalah untuk memastikan peraturan dan prosedur yang bersesuaian dan mencukupi diwujudkan tanpa mengambilkira aktiviti audit adalah di bawah pihak pengurusan.