TUJUAN DAN MISI AUDIT DALAM

Unit Audit Dalam Universiti Malaysia Kelantan (UAD) ditubuhkan sebagai badan bebas, berobjektif dan menjalankan aktiviti pengauditan serta khidmat rundingan berpandukan falsafah menambah nilai untuk penambahbaikan operasi dan pentadbiran Universiti Malaysia Kelantan.

Misi Audit Dalam adalah untuk meningkatkan dan melindungi nilai dan kepentingan Universiti Malaysia Kelantan melalui pelaporan yang memberikan pandangan, pendapat dan jaminan yang berobjektif dan berasaskan risiko.

Untuk mencapai tujuan ini, Unit Audit Dalam Universiti Malaysia Kelantan akan menggunakan pendekatan yang sistematik dan berdisipin bagi menilai dan menambahbaik keberkesanan pengurusan risiko, kawalan dalaman dan tadbir urus Universiti.

 

STANDARD AMALAN PROFESIONAL AUDIT DALAM

Unit Audit Dalam UMK adalah ditadbir dan beroperasi dengan mematuhi elemen wajib Kerangka Amalan Profesional Antarabangsa Institut Juruaudit Dalaman (The Institute of Internal Auditors’ International Professional Practices Framework, IPPF) termasuk prinsip teras untuk Amalan Profesional Audit Dalam, Kod Etika, Standard Antarabangsa untuk Amalan Profesional Audit Dalam dan Definisi Audit Dalam.

Ketua Audit Dalam akan melaporkan kepada Naib Canselor dari semasa ke semasa dan secara berkala kepada Jawatankuasa Audit mengenai kepatuhan aktiviti Audit Dalam kepada Kod Etika dan Standard.