Latar Belakang

Mengenai Kami

Unit Audit Dalam (UAD) Universiti Malaysia Kelantan (UMK) telah ditubuhkan pada 8 April 2012. Ia merupakan satu unit bebas yang diletakkan di bawah pentadbiran Canselori kini dikenali sebagai Pejabat Naib Canselor dan bertanggungjawab secara langsung kepada Naib Canselor (NC). Dari segi fungsi, Ketua Audit Dalam Dalam (KAD) melapor secara terus kepada Jawatankuasa Audit (JKA).

UAD UMK merupakan satu fungsi bebas yang memberi kepastian dan khidmat perundingan secara objektif untuk menambah nilai dan mempertingkatkan tahap operasi UMK. Objektif unit ini ialah untuk membantu pihak pengurusan UMK dalam mencapai matlamatnya dengan membawa pendekatan yang sistematik dan berdisiplin untuk menilai dan mempertingkatkan keberkesanan Universiti dari segi pengurusan risiko, kawalan dan proses tadbir urus.

 

About Us

Visi


Menjadi Penyumbang Kepada Kecekapan dan Kecemerlangan Tadbir Urus UMK

Misi


Melaksanakan Pengauditan Secara Profesional dan Bebas Ke Arah Meningkatkan Tadbir Urus dan Akauntabiliti Pengurusan Kewangan Bagi Mencapai Visi, Misi dan Objektif UMK

Objektif


Unit Audit Dalam ini ditubuhkan adalah untuk memberi kepastian dan khidmat perundingan kepada Naib Canselor melalui pendapat professional terhadap kesempurnaan, kebolehpercayaan dan keberkesanan sistem kawalan dalaman dan proses tadbir urus Universiti. Ini dapat dilaksanakan melalui aktiviti-aktiviti Unit Audit Dalam yang telah dirangka dan dijalankan secara sistematik berdasarkan garis panduan dan standard yang ditetapkan oleh Jabatan Audit Negara (JAN), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Institut Juruaudit Dalaman (IIA).

Unit Audit Dalam bukan merupakan tambahan atau pengganti kepada pihak pengurusan akan tetapi bertanggungjawab ke atas kawalan dalaman adalah untuk memastikan peraturan dan prosedur yang bersesuaian dan mencukupi diwujudkan tanpa mengambilkira aktiviti audit adalah di bawah pihak pengurusan.